Bagaimana
Kita Boleh Berdoa dengan Iman
Supaya Dipenuhi Oleh Roh Kudus
Hanya dengan iman kita dapat
dipenuhi oleh Roh Kudus. Doa adalah satu cara bagaimana kita
boleh menyatakan iman kita. Berikut ini adalah satu cadangan
doa:
"Ya
Bapa, saya memerlukan Engkau. Saya mengaku bahawa selama ini
saya telah menguasai hidup saya oleh itu saya telah berdosa
terhadap Engkau. Saya bersyukur bahawa Engkau mengampunkan
dosa-dosa saya melalui kematian Kristus di atas salib untuk
saya, dan sekarang ini saya mengundang Kristus untuk
menguasai dan bertakhta dalam hidupku. Penuhilah saya dengan
Roh Kudus sebagaimana PERINTAH-MU kepada saya dan sesuai
dengan JANJI-MU di dalam Firman-Mu, bahawa Engkau akan
melakukannya jikalau saya meminta dengan iman. Dan sekarang,
ya Bapa, sebagai suatu pernyataan iman, saya mengucap syukur
kepada-Mu kerana Engkau telah memenuhi hidupku dengan Roh
Kudus. Saya berdoa dalam Nama Tuhan Yesus. Amin."
Apakah doa ini menyatakan
keinginan hati anda? Jika demikian, ucapkanlah doa ini sekarang
juga dan percayalah bahawa Tuhan akan memenuhi hati dan
hidup anda dengan Roh Kudus.

Bagaimana
Anda Dapat Mengetahui Bahawa
Anda Telah Dipenuhi dengan Roh
Kudus
Sudahkah anda
meminta agar Tuhan memenuhi hati anda dengan Roh Kudus?
Tahukah anda bahawa anda sekarang telah dipenuhi dengan Roh
Kudus? Atas dasar apakah anda mengetahui hal ini?
(Berdasarkan
kesetiaan Tuhan atas janji-Nya dan Firman-Nya, Ibrani
11:6; Roma
14:22, 23)
Janganlah bergantung pada
perasaan anda. Janji Firman Tuhan dan bukan perasaan kita yang
menjadi dasar kepercayaan kita. Orang Kristian hidup kerana
imannya kepada Tuhan dan firman-Nya. Gambarajah keretapi di
bawah ini menggambarkan hubungan antara KENYATAAN
(Tuhan dan Firman-Nya), IMAN (kepercayaan kita kepada
Tuhan dan firman-Nya) dan PERASAAN (akibat dari iman
dan ketaatan kita kepada Tuhan) (Yohanes
14:21)

Keretapi dapat terus berjalan
dengan atau tanpa gerabak penumpang. Sebaliknya, adalah
mustahil untuk menjalankan keretapi dengan bergantung pada
gerabak penumpang kerana gerabak penumpang ini sama sekali
tidak mempunyai daya penggerak. Demikian pula sebagai seorang
Kristian, janganlah kita bergantung pada perasaan, tetapi
meletakkan iman kita atas kesetiaan Tuhan dan janji-janji di
dalam firman-Nya.

Bagaimana
Berjalan dalam Roh kudus
IMAN (iaitu ketaatan pada
Tuhan dan firman-Nya) merupakan syarat mutlak bagi orang
Kristian untuk dikuasai sepenuhnya oleh Roh Kudus. Jadi,
apabila anda taat kepada Kristus saat demi saat, maka:
- Hidup anda akan
menghasilkan buah-buah Roh (Galatia
5:22,23); dan makin hari makin menyerupai Kristus (2
Korintus 3:18; 1
Yohanes 3:2)
- Anda akan lebih
mengerti akan doa dan Firman Tuhan. (Yohanes
15:7).
- Anda akan
mengalami kuasa Tuhan ketika bersaksi. (Kisah
Rasul 1:8)
- Anda akan
siap-sedia dalam peperangan rohani melawan:- dunia ini (1
Yohanes 2:15-17), keinginan daging (Galatia
5:16,17) dan Iblis (1
Petrus 5:7-9; Efesus
6:10-13)
- Anda akan
mengalami kuasa Tuhan dalam mengatasi pencubaan dan dosa.
(1
Korintus 10:3; Filipi
4:13; Efesus
1:19-23; 6:10;
2
Timotius 1:7; Roma
6:1-16)

Pernafasan
Rohani
Dengan iman,
anda dapat terus-menerus mengalami kasih dan pengampunan
Tuhan:
Walaupun anda sedang berjalan
dalam Roh Kudus, namun apabila anda teringat bahawa ada
bahagian-bahagian dalam hidup anda yang tidak memuaskan hati
Tuhan (baik dalam sikap hati, mahupun dalam tindakan), anda
harus mengucap syukur bahawa Tuhan telah mengampunkan dosa
anda pada masa lalu, sekarang dan masa yang akan datang oleh
sebab kematian Kristus di atas salib. Kemudian, dengan iman
hendaknya anda berpegang teguh pada kasih dan pengampunan
Tuhan; lalu terus-menerus hidup dalam persekutuan dengan Dia.
Apabila anda merebut kembali
takhta hidup anda kerana jatuh dalam dosa (suatu tindakan
ketidaktaatan melawan Tuhan), hendaknya anda bernafas secara
rohani.
Pernafasan
Rohani adalah latihan
iman yang memungkinkan anda sentiasa mengalami kasih dan
pengampunan Tuhan dari saat ke saat:
1.
Menghembuskan nafas - mengeluarkan
udara kotor: mengaku dosa, sesuai dengan 1
Yohanes 1:9. Pengakuan dosa meliputi pertaubatan, iaitu
perubahan dalam sikap hati dan tindakan.
2.
Menarik nafas - menghirup
udara yang bersih: menyerahkan kembali takhta hidup anda
kepada Kristus dan menerima kepenuhan Roh Kudus, dengan
iman. Yakinlah bahawa Roh Kudus sekarang mengendalikan hidup
anda, sesuai dengan perintah-Nya dalam Efesus
5:18 dan janji-Nya dalam 1
Yohanes 5:14,15